Ranggup Rapuh Cair Di Hati
Kuih batang buruk merupakan kuih tradisional yang sering mendapat permintaan ramai terutamanya pada musim perayaan. Kuih batang buruk terkenal dengan keunikan rupanya yang terlihat seperti batang buruk. Selain itu, kuih batang buruk berbentuk silinder yang mempamerkan lagi rupa batang buruk pada kuih itu. Kuih batang buruk diisi dengan isi kacang hijau untuk menambahkan lagi keistimewaan kuih itu. Keunikan kuih batang buruk menyebabkan ia menjadi antara kuih tradisional yang mendapat permintaan yang tinggi ketika musim perayaan. Kuih ini amat popular terutamanya pada golongan yang berumur kerana rasa keasliannya yang tidak pernah pudar sepanjang zaman.
Hedy’s merupakan jenama dibawah syarikat Hedys International Sdn. Bhd yang mempunyai Ibu Pejabat yang terletak di Bandar Putra, Kulai, Johor. Hedy’s telah ditubuhkan pada tahun 2019 dan dikelola dibawah Syalldy Golden Enterprise dengan pengeluaran produk pertamanya iaitu kuih Btang Buruk dengan hanya ratusan ejen dan beroperasi di rumah sahaja.
Namun pada tahun 2020, Hedy’s telah berjaya mengorak satu Langkah baru dengan menaiktaraf status syarikat kepada Hedys International Sdn. Bhd. Kini, Hedy’s beroperasi dibangunan baru yang terdiri daripada Pejabat Urusan dan bahagian operasi stok yang terletak di Bandar Putra, Kulai. Hedy’s juga berjaya mengeluarkan produk lain iaitu Kuih Bangkit Gula Melaka dan Maruku Shake sebagai produk tambahan. Hedys juga telah melahirkan ramai usahawan dengan membantu mereka menjana pendapatan sebanyak 3 angka. Berminat untuk menyertai Hedy’s anda boleh menghubungi kami ditalian yang berikut:
